Keterangan:
Selaras
dengan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan)
2007 (Akta 663) MC@JMB Taman Subang Perdana bertanggungjawab
mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan pangsapuri tersebut.
Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyelenggaraan dan pengurusan bangunan (seksyen 23, Akta 663).
Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyelenggaraan, JMB
melalui AJK (JMB) hendaklah memberi notis 14 hari untuk pembeli membayar
caj tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, JMB perlu mengemukakan
notis 14 hari sekali lagi bagi menuntut bayaran tersebut. Selepas
tempoh yang diberikan, pembeli masih gagal atau enggan membayar caj
penyenggaraan yang tertunggak. JMB boleh meneruskan prosiding mahkamah
untuk menuntut bayaran tersebut (seksyen 32 (b), Akta 663).
Mengikut Akta 663, Bahagian VII, Deposit dan Mendapat Caj oleh Badan Pengurusan Bersama adalah seperti berikut :-
32. (1) Jika caj penyenggaran manjadi boleh didapatkan oleh Badan
Pengurusan daripada seseorang pembeli menurut kuasa seksyen 23, Badan
Pengurusan boleh menyampaikan kepda pembeli itu suatu notis bertulis
yang meminta pembayaran jumlah wang yang kena dibayar dalam tempoh yang
tidak boleh kurang daripada empat belas (14) hari dari tarikh
penyampaian notis itu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.
(2) Jika pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam notis di bawah
subseksyen (1), jumlah wang atau sebahagian daripada jumlah wang itu
masih belum dibayar, Badan Pengurusan boleh menyampaikan kepada pembeli
itu notis bertulis selanjutnya yang menuntut pembayaran jumlah wang yang
kena dibayar itu dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh
penyampaian notis itu; dan jika selepas tamat tempoh tersebut jumlah
wang yang kena dibayar masih belum dibayar, Badan Pengurusan itu boleh
memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
berwibawa bagi mendapatkan jumlah wang tersebut atau sebagai tambahan
atau sebagai alternative untuk mendapatkannya di bawah seksyen ini,
mengambil jalan keluar dengan mendapatkannya di bahawa seksyen 33.
(3) Jika seseorang ejen pengurusan telah dilantik oleh
Pesuruhjaya di bawah seksyen 25 untuk menyenggarakan dan menguruskan
sesuatu kawasan pemaju, suatu notis yang dihantar oleh ejen pengurusan
itu hendaklah disifatkan telah dihantar oleh pemaju atau Badan
Pengurusan.
Mendapatkan tunggakan caj :-
33. (1) Jika amaun caj yang kena dibayar tertunggak selama enam
bulan, Pesuruhjaya boleh atas permintaan pemaju atau Badan Pengurusan
mengeluarkan suatu waran penahanan dalam Borang B Jadual Kedua yang
membenarkan penahanan apa-apa harta alih kepunyaan pembeli atau penyewa
yang ditemui di dalam petak atau di tempat lain di dalam kawasan pihak
berkuasa tempatan.
(2) Tiada waran penahanan boleh dikeluarkan oleh Pesuruhjaya
melainkan jika Pesuruhjaya telah menyampaikan suatu notis dalam Borang A
Jadual Kedua kepada pembeli atau mana-mana seorang daripada pembeli
petak itu, jika lebih daripada satu, yang meminta pembeli itu membayar
tunggakan itu dalam masa empat belas (14) hari dari penyerahan melalui
pos atau penghantaran.
(3) Waran itu hendaklah dilaksanakan oleh seorang pegawai
daripada pejabat Pesuruhjaya yang hendaklah membuat inventori harta yang
ditahan itu dan pada masa yang sama memberikan notis dalam Borang C
Jadual Kedua kepada orang yang pada masa penahanan itu ternyata
merupakan orang yang memiliki harta itu.
(4) Pegawai itu boleh pada waktu siang, memecah masuk secara paksa ke dalam mana-mana petak atau bangunan itu bagi maksud melaksanakan penahanan itu.
(5) Melainkan jika tunggakan dan caj pungutan dibayar dalam masa tujuh (7) hari dari penahanan harta itu, harta yang ditahan itu hendaklah dijual melalui lelongan awam.
(6) Jika apa-apa amaun didapatkan oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen ini, Pesuruhjaya boleh memotong daripada amaun itu caj pungutan itu bagi apa-apa amaun yang ditetapkan oleh Menteri, dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri.
(7) Apa-apa amaun yang didapatkan oleh Pesuruhjaya, selepas pemotongan caj pungutan itu, hendaklah didepositkan ke dalam Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan secepat yang dapat dilaksanakan.
(8) Apa-apa lebihan, selepas pemotongan apa-apa amaun oleh Pesuruhjaya di bawah seksyen (6), hendaklah dibayar kepada orang yang pada masa penahanan itu adalah atau ternyata memiliki harta itu.
Kegagalan atau keengganan untuk membayar caj :-
34. Mana-mana orang yang tanpa apa-apa sebab yang munasabah, gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan dan pengurusan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan juga boleh didenda selanjutnya tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

No comments:
Post a Comment