Tarikh:
14-07-2016
Untuk perhatian:
Semua penghuni Apartment Subang PerdanaKeterangan:
SHAH ALAM:
Kerajaan Selangor tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
mahkamah terhadap pemilik pangsapuri yang enggan membayar caj
penyelenggaraan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka
Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata tindakan ini selaras dengan Seksyen
23 Akta 663 yang memperuntukkan secara jelas kewajian pemilik untuk
membayar yuran penyenggaraan.
Berdasarkan seksyen tersebut, kegagalan pemilik
untuk membayar caj ini apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda
sejumah RM5,000 dan RM50 untuk setiap hari kesalahan diteruskan selepas
sabitan ditetapkan mahkamah.
Menurut Iskandar, sebanyak 127 kes sudah dibawa ke
mahkamah sejak Ogos 2012 sehingga Mei 2013 melalui pihak berkuasa
tempatan (PBT).
Katanya, 46 kes daripadanya Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ), 35 daripada Sepang (MPSp), Hulu Selangor (MDHS), 16
Subang Jaya (MPSJ), 10 Kuala Selangor (MDKS), dan 3 Kajang (MPKj).
“Kerajaan negeri menyeru supaya semua pemilik
pangsapuri menunaikan tanggungjawab mereka untuk membayar caj agar
pengurusan bangunan dapat dijalankan dengan baik.
“Oleh yang demikian mana-mana pemilik yang
mempunyai tunggakan caj kepada JMB diminta segera berbincang tentang
cara-cara bagaimana tunggakan ini dapat dibayar,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan menerima
sebarang rayan daripada pemilik yang terlibat untuk menarik kes daripada
tindakan pendakwaan ke mahkamah sehingga mencapai penyelesaian dengan
JMB.
Katanya, tindakan tegas perlu dibuat kerana Ahli
Jawatankuasa JMB yang bertugas secara sukarela amat memerlukan komitmen
dan kerjasama pemilik untuk membayar caj dan menjaga pangsapuri.
Menurutnya, sebelum ini kerajaan negeri telah
menerima banyak rungutan daripada JMB sehingga ada kurang 50 peratus
daripada pemilik pangsapuri enggan membayar caj penyelenggaraan mereka.
Akibatnya terdapat pagsapuri yang tidak dapat diselenggara dengan sempurna dan menimbulkan masalah kepada penduduk.
“Kerajaan Negeri telah melaksanakan kempen
“Pangsapuri Kita Bersih, Ceria dan Harmoni” tetapi masih ramai lagi
pemilik yang enggan membayar caj penyelenggaraan mereka,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment