Perhatian kepada;
Semua Penghuni/Pemilik
Rumah
Flat
Taman Subang Perdana
Blok
A,B, C & D
Shah
Alam, Selangor Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes kebakaran dan kejadian letupan di Flat Taman Subang Perdana. Antara yang terbaru ialah kejadian yang berlaku pada 19/7/2016 waktu tengahari dimana sebuah rumah di aras Ground Floor ,di Blok B dilaporkan berlaku kejadian letupan. Letupan ini dipercayai berpunca dari tong bahan kimia yang dikumpul oleh pengumbul barang recycle yang juga salah seorang penghuni Flat Taman Subang Perdana.
Selang beberapa hari, terdapat kejadian kebakaran di Blok B juga iaitu di aras 2. Maklumat yang pihak Admin ,punca dipercayai akibat kecuaian membiarkan anak bermain dengan pemetik api mengakibatkan kebakaran dan terpaksa melibatkan pihak Bomba dan Polis.
Antara risiko-risiko lain yang lain mengakibatkan kebakaran ialah:
-Bermain bunga api
-Bermain mercun
-Merokok di beranda/dalam rumah
-Menyimpan barang-barang mudah terbakar dan meletup
Pihak admin menasihati semua pemilik/penghuni tidak mengambil mudah berkenaan sebarang tindakan yang boleh memberi risiko kepada nyawa dan harta benda yang bukan sahaja milik persendirian, malah turut memberi risiko kepada rumah jiran secara total. Keselamatan rumah kita adalah keselamatan rumah jiran kita juga.
Di masa hadapan, admin akan mencadangkan kepada JMB supaya house rule khas bagi mengelakkan risiko kebakaran dibuat dan dikuatkuasakan supaya keselamatan dapat diutamakan.
Sekian,Terima kasih
-Admin
![]() |
Gambar Hiasan: Kebakaran Flat di Pantai Dalam. |
No comments:
Post a Comment