MEMO
|
Semua Penghuni/Pemilik
Rumah Ref.
No:MC/2016/MEMO/02
Flat
Taman Subang Perdana
Blok
A,B, C & D
Shah
Alam, Selangor Tarikh:25/7/2016
PERLAKSANAAN &
PENGUATKUASAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL
Dimaklumkan
bahawa bermula 1 JUN 2016,
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
menguatkuasakan pengasingan sisa pepejal di punca (SAS). Ia bertujuan untuk
memastikan inisiatif ini dilaksanakan sepenuhnya oleh semua rakyat/penduduk
yang tinggal di Malaysia. Kompaun maksimum sehingga RM1,000 akan dikenakan
mengikut Akta 672, jika didapati enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal
berkuatkuasa 1 Jun ini.
Bagi premis bertingkat, kadar kompaun yang dikenakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi kesalahan pertama adalah sebanyak RM100, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.
Oleh
itu pihak Management Corporation (MC) Taman Subang Perdana telah menyediakan tong sampah khas bagi tujuan ini. Tong
sampah ini mempunyai 3 jenis warna dan fungsi iaitu:
1. BIRU - untuk menyimpan kertas.2. COKLAT - untuk menyimpan kaca.
3. JINGGA/OREN - untuk menyimpan tin aluminium & plastik.
Penting : Sila masukkan kedalam tong mengikut jenis-jenis sampah.
Bagi
sisa sampah selain dari 3 jenis di atas, sampah tersebut harus diikat kemas dan diletakkan dalam tong
sampah besar biasa sebagaimana sebelum ini. Pihak MC amat menghargai peranan
anda semua demi menjaga kebersihan dan kesejahteraan seluruh penduduk di Flat
Taman Subang Perdana.
Sekian,
terima kasih.
MC
Taman Subang Perdana
No comments:
Post a Comment