Monday, 29 August 2016

PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;


Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor   

PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA

Sempena Hari kemerdekaan yang ke-59 pada 31 OGOS 2016, pihak Rukun Tetangga Taman Subang Perdana telah mengadakan program Edar Jalur Gemilang untuk 200 kenderaan. Program ini dijangka bermula pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 31/8/2016 bertempat di hadapan pusat Rukun Tetangga di tepi Blok B, Pangsapuri Taman Subang Perdana.

Admin bagi Pihak MC Taman Subang perdana menyokong program sebegini yang boleh menyuntik semangat kemerdekaan. Walaupun kemerdekaan telah lama dikecapi, tidak mustahil kita bakal dijajah sekali lagi jika sejarah tidak dijadikan pengajaran. Admin menyeru anda semua sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tanda kecintaan kepada Malaysia.



Friday, 26 August 2016

MENGOSONGKAN SEGERA BESI DAN ZINK BESI/BUMBUNG , BARANG PERIDADI DAN BARANG TERPAKAI.







MEMO







                                                                                                                
Penghuni/Pemilik Rumah Berkenaan                                 Ref. No:MC/2016/MEMO/04
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor                                                                           Tarikh:25/8/2016

MENGOSONGKAN SEGERA BESI DAN ZINK BESI/BUMBUNG , BARANG PERIDADI DAN BARANG TERPAKAI.

Dimaklumkan bahawa pihak MC (Management Corporation) menerima laporan bahawa ada penghuni/pemilik petak yang meletakkan barang-barang peribadi di kawasan harta bersama seperti besi tiang dan zink besi/bumbung :

Ø  Di halaman rumah.
Ø  Laluan koridor.
Ø  Di atas tangga.
Ø  Di bawah tangga.

2. Sila kosongkan dengan segera kawasan tersebut dan perbuatan ini dilarang sama sekali. Ini kerana ia merupakan harta bersama ,menjadi laluan orang ramai,mengganggu keselesaan jiran-jiran/penghuni yang lain dan amat berbahaya bagi penghuni blok terutama wanita dan kanak-kanak. Lebih membimbangkan keadaan sekiranya melalui koridor di waktu malam yang gelap.

2. Pihak Perbadanan Pengurusan (MC) telah mendapat arahan dari Pesuruhjaya Bangunan (COB) ,Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA untuk mengeluarkan notis ini. Sekiranya penghuni/pemilik petak tidak mematuhi arahan pengosongan, dalam masa yang 7 hari, maka telah melakukan kesalahan .Barang-barang tersebut akan dibuang tanpa sebarang notis lanjutan, dan pihak MC tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh penghuni/pemilik.



Sekian, terima kasih.

Perbadanan Pengurusan
(MC)Taman Subang Perdana

Sunday, 21 August 2016

Isu parking berbumbung dan binaan haram-satu teguran

Isu parking berbumbung dan binaan haram.

Malam tadi, telah diadakan perjumpaan dengan penduduk dan pemilik rumah Pangsapuri Taman Subang Perdana. Admin agak terkejut dengan sikap seorang pemilik rumah yang bersikap liar menunjuk-nunjuk jari dan mengunakan perkataan sangat kasar, serta bersikap biadap dari luar Dewan. Dari luar menjerit menyatakan MC tidak buat kerja. Padahal yang dibincang ialah isu probohan binaan haram di petak parking.

Pada Admin, jika ada keberanian eloklah masuk ke dalam Dewan untuk bercakap dengan professional, bukan bersikap berani tak bertempat dan memalukan disaksikan penghuni lain. Admin jamin ramai penghuni tidak menyukai gelagat tidak bertamadun tersebut.

Tahukah dia bahawa MC/ JMB lansung tidak patut dilibatkan dalam isu ini. MC ditubuh berdasarkan Akta, untuk pengurusan penyelenggara bangunan berstrata, dengan mengutip duit dari penduduk,iaitu boleh mendakwa dan didakwa sekiranya ada pelanggaran dan penyelewengan. Sekiranya tidak jelas dengan peranan MC, sila dapatkan maklumat yang bertebaran di alam Maya.

MC Taman Subang Perdana dipantau oleh Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA hanya bertanggungjawab di dalam Bangunan dan longkang, manakala diluar kawasan tersebut iaitu parking dan lain2 adalah bidang kuasa PBT iaitu MBSA. Parking tersebut adalah hak awam seperti mana parking awam MBSA di kawasan lain. Menjadikan parking awam sebagai parking individu adalah jelas melanggar peraturan MBSA.

Sepatutnya MC tidak perlu pun mengambil kisah berkenaan kesalahan penduduk diluar kawasan blok,namun dari segi penyampaian maklumat, apa-apa arahan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA harus dipatuhi MC. Dengan kata lain, MC tidak lansung terlibat dalam isu probohan melainkan menyampaikan makluman umum kepada pemilik.

Jika kesalahan dilakukan, mana2 pemilik berhak buat Aduan, dan MBSA harus membuat tindakan penyiasatan. Sebarang sabitan kesalahan adalah bidang kuasa MBSA. Jadi admin sangat berharap individu yang berkenaan tersebut tambahkan maklumat dalam diri dengan bersikap professional agar tidak memalukan diri di khalayak ramai. Wallahualam.

Catatan 201608210016

Friday, 5 August 2016

Penjelasan Berhubung Lampu Koridor Blok A dan B yang tidak menyala

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;



Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor   

Penjelasan Berhubung Lampu Koridor Blok A dan B yang tidak menyala

Pihak Pengurusan Perbadanan(MC) sedia maklum dengan aduan penghuni Blok A dan B berhubung lampu koridor dan tangga yang "bergelap" dalam sebulan dua ini. Kawasan gelap ini sememangnya menyukarkan pergerakan penghuni di kawasan ini Blok A dan B ini. 

Untuk makluman penghuni, TNB telah melakukan pemotongan elektrik bagi kawasan koridor disebabkan tunggakan Bil yang sangat tinggi. Semua bil ini dibayar oleh pihak MC. Namun secara kronologi, tunggakan ini disebabkan Pentadbiran MC yang lama sebelum ini tidak membayar bil-bil tertunggak tersebut.

Walaubagaimana, pihak Pentadbiran MC (2016-2017) yang baru dilantik telah sedaya upaya menyelesaikan masalah tunggakan ini. Terbaru pihak MC telah membayar sepenuhnya tunggakan di Blok A.Pihak TNB akan menyambung kembali bekalan dalam masa terdekat. Blok A didahulukan terlebih dahulu kerana pihak MC bercadang menyelesaikan masalah lampu parking yang bekalan diambil dari Blok A. Manakala blok B akan diupayakan agar dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak MC memohon kerjasama agar semua pemilik/penghuni melunaskan bayaran wang penyelenggaraan dan bersama-sama menjaga kesejahteraan di kawasan kediaman kita.




Catatan 201608051710

Wednesday, 3 August 2016

Kepentingan Membayar Wang Maintenance

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;


Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor   

Kepentingan Membayar Wang Maintenance

Pihak MC amat berharap semua pemilik dan penghuni dapat membayar Yuran Penyelenggaraan seperti yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan warga Pangsapuri Taman Subang Perdana,kadar sekarang adalah yang paling rendah berbanding tempat lain, iaitu sekitar RM25 sebulan, atau sekitar 80 sen sehari. 

Wang ini akan digunakan untuk penyelenggaraan bangunan lampu,tangga, membayar bil eletrik, membayar kontraktor pencucian di setiap blok A,B,C,D, membaik pulih kerosakan bumbung,membayar gaji kerani, membeli insurans dan banyak lagi kegunaan untuk memastikan harta bersama dapat diselia dengan baik.

Sebagai Contoh, pada 28/12/2015 (ISNIN) tahun lepas, berlaku ribut yang amat kuat sekitar 4-6 petang. Ini menyebabkan kerosakan yang tidak sedikit kepada penghuni di tingkat atas apabila bumbung tercabut dari truss dan kebocoran berlaku. MC dengan segera telah mengambil tindakan menukar dan membaik pulih bumbung tersebut dengan kos yang besar mencecah tidak kurang dari RM3k untuk kesemua blok. 

Sehubungan itu, MC amat mengharapkan semua pemilik/penghuni membayar Yuran Maintenance agar kesejahteraan di tempat kita dapat dijaga.







Catatan 201608041054

Wednesday, 27 July 2016

KINI Pangsapuri Taman Subang Perdana di Facebook

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;

Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor    

Kini anda boleh akses secara lansung berkenaan sebarang maklumat di Pangsapuri Taman Subang Perdana di Facebook.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100012991207006

Sila klik gambar untuk pautan terus ke FB Pangsapuri Taman Subang Perdana

Tuesday, 26 July 2016

Kaedah Pembayaran Wang Maintenance

Selamat Sejahtera

Dengan sukacitanya, JMB memaklumkan bahawa pembayaran yuran penyelenggaraan JMB kini boleh dibuat melalui pelbagai saluran. Sila rujuk maklumat dibawah.

Kini urusan pembayaran yuran JMB anda menjadi lebih cepat dan mudah!

Nombor akaun semasa Maybank JMB Taman Subang Perdana:
Pemilik akaun:
PERBADANAN PENGURUSAN RPR TSP
Sila rujuk ruangan dibawah untuk prosedur lengkap pembayaran menggunakan Maybank2u,Cimbclick dan Online Banking, ATM, cek dan secara tunai.

Kaedah Pembayaran Yuran JMB Riverview

A)Maybank2u /CimbClick/Online Banking
  1. Login ke akaun Maybank2u /CimbClick/Online Banking anda untuk memulakan transaksi.
  2. Gunakan kaedah Transfer Fund.
  3. Pindahkan sejumlah bayaran yang dikehendaki dari akaun anda ke akaun Maybank PERBADANAN PENGURUSAN RPR TSP [no. akaun: 562085580393].
  4. Selesaikan transaksi dan print Transaction slip.
    Nota: Anda boleh menggunakan Primo PDF untuk print Transaction slip ke dalam format pdf. Rujuk maklumat di bawah.
  5. Taip emel ringkas untuk dihantar ke megawati1530@hotmail.com.
  6. Nyatakan tajuk emel dalam bentuk "Yuran Penyelenggaraan JMB - MM/YYYY - Blok-Aras-Unit #XXXX". Contoh: Yuran Penyelenggaraan JMB - 07/2016 - A-2-#001.
  7. PENTING! Sila lampirkan dokumen berikut di dalam emel anda:
    1) Resit pembayaran atau transaction slip (dalam format pdf / jpg).
  8. Hantar emel. Selesai!
B)BAYARAN SECARA TUNAI
  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank dan mulakan transaksi.
  2. Pilih kaedah Fund Transfer atau Deposit.
  3. Pindahkan (atau masukkan) sejumlah bayaran yang dikehendaki dari akaun Maybank anda ke akaun Maybank PERBADANAN PENGURUSAN RPR TSP [no. akaun: 562085580393].
  4. Selesaikan transaksi dan dapatkan resit transaksi.
  5. Serahkan bukti transaksi (resit asal atau scan resit) kepada PERBADANAN PENGURUSAN RPR TSP di pejabat JMB atau melalui emel yang dihantar ke megawati1530@hotmail.com
Untuk penyerahan bukti pembayaran melalui emel, sila ikuti langkah berikut:
  1. Taip emel ringkas untuk dihantar ke megawati1530@hotmail.com.
  2. Nyatakan tajuk emel dalam bentuk "Yuran Penyelenggaraan JMB - MM/YYYY - Blok-Aras-Unit #XXXX". Contoh: Yuran Penyelenggaraan JMB - 07/2016 - A-2-#001.
  3. PENTING! Sila lampirkan dokumen berikut di dalam emel anda:
    1) Resit pembayaran atau transaction slip (dalam format pdf / jpg).
  4. Hantar emel. Selesai!
C)BAYARAN SECARA CEK/Cheque
  1. Pada bahagian hadapan cek, tuliskan "PERBADANAN PENGURUSAN RPR TSP " sebagai penerima beserta jumlah yang ingin dibayar kepada JMB.
  2. Pada bahagian belakang cek, tuliskan
    • nama penuh anda
    • no. kad pengenalan anda
    • no. unit kediaman anda, dan
    • no. telefon anda
  3. Serahkan cek kepada petugas di pejabat JMB Taman Subang Perdana dan dapatkan resit pembayaran.

C)BAYARAN SECARA TUNAI
  1. Sediakan bayaran yang diperlukan.
  2. Hadir ke pejabat JMB pada waktu operasi harian JMB dan serahkan bayaran kepada kerani yang bertugas.
  3. Dapatkan resit untuk pengesahan pembayaran.
Pertanyaan lanjut?
Hubungi kami. 03-7859 0666 atau email kepada megawati1530@hotmail.com/mcrprtsp@gmail.com

Friday, 22 July 2016

JANGAN AMBIL MUDAH KEBAKARAN DI KAWASAN KEJIRANAN

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;
Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor       

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes kebakaran dan kejadian letupan di Flat Taman Subang Perdana. Antara yang terbaru ialah kejadian yang berlaku pada 19/7/2016 waktu tengahari dimana sebuah rumah di aras Ground Floor ,di Blok B dilaporkan berlaku kejadian letupan. Letupan ini dipercayai berpunca dari tong bahan kimia yang dikumpul oleh pengumbul barang recycle yang juga salah seorang penghuni Flat Taman Subang Perdana.

Selang beberapa hari, terdapat kejadian kebakaran di Blok B juga iaitu di aras 2. Maklumat yang pihak Admin ,punca dipercayai akibat kecuaian membiarkan anak bermain dengan pemetik api mengakibatkan kebakaran dan terpaksa melibatkan pihak Bomba dan Polis.

Antara risiko-risiko lain yang lain mengakibatkan kebakaran ialah:
-Bermain bunga api
-Bermain mercun
-Merokok di beranda/dalam rumah
-Menyimpan barang-barang mudah terbakar dan meletup

Pihak admin menasihati semua pemilik/penghuni tidak mengambil mudah berkenaan sebarang tindakan yang boleh memberi risiko kepada nyawa dan harta benda yang bukan sahaja milik persendirian, malah turut memberi risiko kepada rumah jiran secara total. Keselamatan rumah kita adalah keselamatan rumah jiran kita juga.

Di masa hadapan, admin akan mencadangkan kepada JMB supaya house rule khas bagi mengelakkan risiko kebakaran dibuat dan dikuatkuasakan supaya keselamatan dapat diutamakan.

Sekian,Terima kasih
-Admin

Gambar Hiasan: Kebakaran Flat di Pantai Dalam.




PENTING : PENGASINGAN SISA PEPEJAL-HEBAHAN SEGERA UNTUK PENGHUNI FLAT TAMAN SUBANG PERDANA






MEMO







                                                                                                                
Semua Penghuni/Pemilik Rumah                                        Ref. No:MC/2016/MEMO/02
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor                                                               Tarikh:25/7/2016

PERLAKSANAAN & PENGUATKUASAAN PENGASINGAN SISA PEPEJAL

Dimaklumkan bahawa bermula 1 JUN 2016, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menguatkuasakan pengasingan sisa pepejal di punca (SAS). Ia bertujuan untuk memastikan inisiatif ini dilaksanakan sepenuhnya oleh semua rakyat/penduduk yang tinggal di Malaysia. Kompaun maksimum sehingga RM1,000 akan dikenakan mengikut Akta 672, jika didapati enggan melaksanakan pengasingan sisa pepejal berkuatkuasa 1 Jun ini.

Bagi premis bertingkat, kadar kompaun yang dikenakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi kesalahan pertama adalah sebanyak RM100, RM200 bagi kesalahan kedua dan RM500 bagi kesalahan ketiga.

Oleh itu pihak Management Corporation (MC) Taman Subang Perdana telah menyediakan tong sampah khas bagi tujuan ini. Tong sampah ini mempunyai 3 jenis warna dan fungsi iaitu:
1. BIRU - untuk menyimpan kertas.
2. COKLAT - untuk 
menyimpan kaca.
3. JINGGA/OREN - untuk 
menyimpan tin aluminium & plastik.
Penting : Sila masukkan kedalam tong mengikut jenis-jenis sampah.
Bagi sisa sampah selain dari 3 jenis di atas, sampah tersebut harus diikat kemas dan diletakkan dalam tong sampah besar biasa sebagaimana sebelum ini. Pihak MC amat menghargai peranan anda semua demi menjaga kebersihan dan kesejahteraan seluruh penduduk di Flat Taman Subang Perdana.


Sekian, terima kasih.
MC Taman Subang Perdana


Wednesday, 20 July 2016

Untuk perhatian: 

Semua penghuni/pemilik strata Flat Taman Subang Perdana


Kuala Lumpur, 1 Jun 2016 – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan mula menguatkuasakan pengasingan sisa pepejal di punca bermula pada hari ini. Penguatkuasaan ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan inisiatif pengasingan sisa pepejal di punca (SAS) dilaksanakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
Pelaksanaan SAS akan dapat mendidik masyarakat untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sisa pepejal di premis masing-masing. Disamping itu ianya juga dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan memelihara dan menghargai alam sekitar seterusnya dapat dijadikan budaya oleh rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Penguatkuasaan SAS ini turut dijalankan secara serentak di semua negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 iaitu di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur & Putrajaya), Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah. Ianya melibatkan pemeriksaan kepada 79 buah taman dan hampir 10,724 unit premis serta melibatkan seramai 245 orang anggota penguatkuasa SWCorp bagi memastikan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal dipunca diamalkan oleh penduduk setempat seperti yang telah ditetapkan mengikut Akta 672.

Pelaksanaan penguatkuasaan SAS dijalankan oleh pasukan khas yang ditubuhkan terdiri daripada anggota penguatkuasa SWCorp bersama Syarikat Konsesi. Penguatkuasaan ini dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan antaranya melalui pemeriksaan di dalam tong sampah untuk mengenalpasti sisa baki tidak bercampur dengan sisa kitar semula.

Oleh yang demikian, pada tarikh ini  (1 Jun 2016), kadar kompaun yang dikenakan terhadap pemilik kediaman bertanah (landed) yang tidak melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca adalah RM50.00 bagi kesalahan kali pertama, RM100.00 bagi kesalahan kali kedua dan RM500.00 bagi kesalahan kali ketiga. Seterusnya bagi kediaman bertingkat (non landed) adalah RM100 bagi kesalahan kali pertama, RM200.00 bagi kesalahan kali kedua dan RM500.00 bagi kesalahan kali ketiga.

Bagi kesalahan kali keempat dan seterusnya, tindakan mahkamah akan diambil jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1,000.00. Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang merupakan langkah yang terakhir yang akan dilaksanakan kerana fokus Kementerian adalah lebih menjurus untuk mendidik masyarakat serta memberi kesedaran awam dalam kalangan masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber, menjaga kebersihan persekitaran dan memelihara kelestarian alam sekitar.

YB Datuk Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan, inisiatif Kerajaan untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca adalah sangat relevan bagi memastikan Malaysia mencapai sasaran 22% kadar kitar semula pada tahun 2020 berbanding 17.5% kadar kitar semula pada tahun 2015. Stastistik ini adalah jauh lebih rendah berbanding kadar kitar semula yang dicatatkan oleh Negara-negara maju yang lain seperti Austria (68%), Jerman (62%), Taiwan (60%) dan Singapura (59%).

Selain daripada penguatkuasaan tersebut, pihak SWCorp akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif yang merangkumi promosi, pendidikan dan engagement dengan  masyarakat. Antaranya adalah hebahan maklumat berhubung panduan dan kaedah pelaksanaan SAS yang lebih interaktif dan kreatif di semua saluran media elektronik, media cetak mahupun media sosial. Sehingga kini, sebanyak 3511 buah taman dilawati 382,402 buah premis yang diperiksa dan sejumlah 85,416 surat peringatan mesra telah dikeluarkan kepada penghuni premis berkenaan.

Jelas beliau lagi, penguatkuasaan ini merupakan fasa ketiga pelaksanaan SAS selepas dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 Jun 2015 yang lalu. Sebelum ini pendekatan yang digunakan adalah dengan memberi tumpuan kepada penerangan dan pendidikan yang berterusan kepada masyarakat berkaitan pelaksananan pengasingan sisa pepejal di punca. Penguatkuasaan SAS ini, tidak hanya tertumpu kepada tindakan mengkompaun semata-mata sebaliknya komitmen yang berterusan daripada pihak masyarakat adalah menjadi keutamaan kepada pelaksanaan SAS.  Pihak kementerian berharap agar masyarakat dapat membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal di punca yang menjadi penentu kepada kejayaan dan inisiatif murni ini. Semoga dengan sokongan semua pihak, kita mampu meningkatkankadar kitar semula negara dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, indah dan sejahtera.

Hari ini juga, telah berlangsung Program Promosi Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca Di Kawasan Kediaman Bertingkat (non-landed) yang diadakan di PPR Kampung Limau dan telah dihadiri oleh YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang amalan 3R dan mengurangkan sisa pepejal ke tapak pengurusan seterusnya memupuk sikap tanggungjawab dalam memastikan persekitaran yang bersih.

PENTING : HEBAHAN SEGERA UNTUK PENGHUNI FLAT TAMAN SUBANG PERDANA







MEMO






                                                                                                                
Semua Penghuni/Pemilik Rumah                                           Ref. No:MC/2016/MEMO/01
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor                                                               Tarikh:20/7/2016

1. PERSEKITARAN FLAT YANG KOTOR SERTA SAMPAH SARAP YANG DITINGGALKAN DITANGGA ATAU KORIDOR.
2. BINATANG PELIHARAAN KERAP MEMBUANG NAJIS DI MERATA-RATA.

1. Dimaklumkan bahawa pihak MC(Management Corporation) banyak menerima laporan bahawa ada penghuni yang meninggalkan sampah sarap/plastic sampah/barangan terpakai di laluan orang ramai samada di hadapan rumah atau ditangga-tangga.  Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana semua sampah sarap merupakan tanggungjawab penghuni untuk membuangnya di tempat pengumpulan sampah dan BUKAN ditinggalkan bersepah di hadapan rumah dan kawasan tangga. Barangan elektronik rosak/terpakai juga tidak seharusnya diletak diluar rumah kerana akan menyempitkan laluan orang ramai dan mengganggu keselesaan jiran-jiran/penghuni yang lain.

2. Pihak MC juga menerima aduan yang serius dan berterusan bahawa terdapat penghuni yang memelihara binatang peliharaan seperti kucing dan sering membiarkan haiwan tersebut membuang najis dimerata tempat terutama di ruang koridor yang menjadi laluan orang ramai. Pihak MC memandang berat diatas perilaku seperti ini kerana ianya mengakibatkan pencemaran bau dan mengganggu keselesaan, bahkan ianya menunjukkan sikap tidak menghormati para jiran tetangga. Ini menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang Tanggungjawab Pembeli/Pemilik Akta 118 dibawah Larangan Pemilik (Jadual 663&757).

Untuk makluman tuan/puan pihak MC tidak akan berkompromi dalam hal ini.  Oleh itu pihak kami meminta tuan/puan supaya menghentikan perilaku tersebut, demi untuk menjaga kebersihan dan kesejahteraan seluruh penduduk di Flat Taman Subang Perdana.


Sekian, terima kasih.
MC Taman Subang Perdana