Selamat Datang ke Laman Web MC Taman Subang Perdana, Shah Alam Di sini anda boleh mendapatkan segala maklumat terkini tentang Pangsapuri Taman Subang Perdana serta Badan Pengurusan Bersama (MC) yang dilantik untuk mentadbir dan menguruskan pangsapuri ini. Pihak MC Taman Subang Perdana amat mengalu-alukan segala pendapat atau cadangan daripada anda, para pengunjung dan penghuni Pangsapuri Taman Subang Perdana, untuk kebaikan kita bersama.
Wednesday, 27 September 2017
Monday, 25 September 2017
Terima Kasih kepada Menteri KPKT dan RT
Assalamualaikum w.b.t
Diucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada Barisan AJK MC,terutama Pengerusi En.Yusoff Dol, staf MC Cik Megawati ,dan Pihak Rukun Tetangga (RT) Subang Perdana 2 (SP2) terutama pengerusinya En.Aziz Mohaideen serta sekalian barisan AJK yang menyumbang masa dan tenaga bersama-sama menjayakan program lawatan YB Tan Sri Noh Omar selaku YB MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2017.
Di peringkat awal persediaan lawatan, tidak dinafikan ada sedikit keributan akibat provokasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dengan sengaja mensensasikan isu. Kami di barisan MC mencuba sedaya upaya mendapatkan peruntukan 100% kos, namun ada pihak tertentu yang tidak perlu disebut disini dilihat seakan cuba mensabotaj proces yang diusahakan. Namun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan berjaya. Pihak tersebut diingatkan bahawa di zaman ini, media sosial ini ada milik semua, rasa hormat kami pada anda jangan disalah guna .
Insyaallah didoakan agar proses baik pulih bumbung 4 blok 600 unit dan 2 rumah sampah berjalan dengan jayanya. Seperti dijanjikan menteri, jika tiada aral melintang, Pangsapuri TSP SP2 bakal berubah wajah pada awal 2018.
"Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi".
https://youtu.be/my2jvfUwOps
Friday, 22 September 2017
Jemputan kepada Semua Pemilik/Penduduk: YB NOH turun ke Taman Subang Perdana!!!
![]() |
YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR |
Kepada,
Semua
Penghuni/Pemilik Rumah Ref. No:MC/2017/MEMO/02
Pangsapuri
Taman Subang Perdana
Blok
A,B,C & D, Seksyen U3
Shah
Alam, Selangor Tarikh: 23/9/2017
Tuan/Puan
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM LAWATAN YB
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2017.
Dengan
segala hormatnya kami merujuk kepada perkara diatas
2.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa YB Menteri KPKT, YB Tan Sri Haji Noh Bin Omar
akan mengadakan lawatan ke Pangsapuri Taman Subang Perdana bersempena program
lawatan kerja ke Dun Kota Damansara,Parlimen Subang. Maklumat program adalah
seperti berikut:
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
MASA : 4.00 PETANG
TEMPAT: Perkarangan Pejabat Perbadanan
Pengurusan(MC) RPR TSP di blok A-G-10 dan sekitar blok A,B,C &D.
3.
Lawatan ini adalah kesinambungan dari permohonan Perbadanan Pengurusan (MC) RPR
TSP bagi kelulusan permohonan peruntukan menukar bumbung blok A,B,C &D
serta 2 unit rumah sampah yang baru.
3.
Sehubungan dengan itu ,Pihak Perbadanan Pengurusan (MC) menjemput semua
pemilik/penyewa/penghuni untuk turun bersama-sama dalam program tersebut.
Kehadiran ramai adalah perlu bagi menyokong kelulusan permohonan tersebut.
4.
Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan/puan sangat diharapkan untuk menjayakan
program tersebut.
Sekian,
terima kasih.
Perbadanan Pengurusan
(MC) Taman Subang Perdana
Wednesday, 8 March 2017
KAEDAH DALAMAN RPR TAMAN SUBANG PERDANA
Salam sejahtera.
Perhatian kepada;
KAEDAH DALAMAN /HOUSE RULE RPR TAMAN SUBANG PERDANA
Dimaklumkan kepada semua penghuni dan penduduk bahawa pihak pengurusan bersetuju secara prinsipnya untuk melaksana tindakan pengurusan berdasarkan kaedah dalaman/house rule yang telah digubal oleh pihak pengurusan melalui kelulusan pada AGM-7 nanti. Oleh itu, semua penduduk dan pemilik digalakkan untuk mengambil maklum berkenaan houserule ini yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2017.
Sila muatturun(download) : House Rule Pangsapuri Taman Subang Perdana
DISINI
Sekian terima kasih.
Perhatian kepada;
Semua Penghuni/Pemilik Rumah
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor KAEDAH DALAMAN /HOUSE RULE RPR TAMAN SUBANG PERDANA
Dimaklumkan kepada semua penghuni dan penduduk bahawa pihak pengurusan bersetuju secara prinsipnya untuk melaksana tindakan pengurusan berdasarkan kaedah dalaman/house rule yang telah digubal oleh pihak pengurusan melalui kelulusan pada AGM-7 nanti. Oleh itu, semua penduduk dan pemilik digalakkan untuk mengambil maklum berkenaan houserule ini yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2017.
Sila muatturun(download) : House Rule Pangsapuri Taman Subang Perdana
DISINI
Sekian terima kasih.
Perbadanan Pengurusan
(MC)Taman Subang Perdana
PENGUMUMAN PENTING!!!! NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-7
Rujukan
kami: MC/2017/NM/01
Tarikh:
7 Mac 2017
PENGUMUMAN PENTING
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-7
KEPADA: SEMUA PEMILIK RUMAH PANGSA KOS RENDAH TAMAN SUBANG PERDANA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KETUJUH PERBADANAN PENGURUSAN
RPR TSP - PERATURAN DI BAWAH AKTA 757
Bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013
(Jadual Kedua, Akta 757), Mesyuarat Agung Tahunan Ketujuh akan diadakan
seperti berikut:-
TARIKH: 27 MAC 2017 (ISNIN)
MASA: 9.00 malam
TEMPAT: Pejabat Perbadanan Pengurusan RPR TSP
2.Dengan itu SEMUA pemilik berdaftar Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Subang
Perdana dijemput menghadiri Mesyuarat tersebut.
3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
I. Membentangkan Laporan Aktiviti Tahun 2016/2017.
II. Membentang dan menerima Laporan Kewangan Tahunan
berakhir 31 Desember 2016.
III. Melantik AhIi Majlis Perbadanan Pengurusan
IV. Meluluskan Kaedah Dalaman(House Rule) MC RPR TSP
V. Membincang dan Membahas Usul-Usul
VI. Ucapan Penangguhan
4. Sila ambil perhatian bahawa HANYA Pemilik yang telah mendaftar sebagai
PEMILIK STRATA dan telah menjelaskan SEMUA bayaran berkaitan (senggaraan,
insuran , cukai tanah,dll) sebelum tarikh 20 MAC 2017, BERHAK untuk
mengundi. Bagi Pemilik yang tidak dapat hadir mesyuarat boleh melantik seorang
pengganti (Proxy) dengan mengisi borang proxy yang boleh didapati di pejabat ini.
5. Pembeli yang belum melaksanakan Memorandum Pindahmilik adalah juga dijemput
untuk menghadiri mesyuarat dan dikira sebagai pemerhati sahaja.
6. Sila hubungi Perbadanan Pengurusan seperti nombor telefon di atas untuk sebarang
keterangan lanjut.
Terima kasih.
AHMAD SUHAIMI BIN ABDUL MUTALIB
Setiausaha
Perbadanan Pengurusan RPR TSP
Maklumat Penting.
NOTA :
1. Separuh daripada pembeli yang berhak untuk mengundi
yang hadir, sama ada sendiri atau secara proksi, hendaklah membentuk suatu
kuorum dalam sesuatu mesyuarat agung. Jika dalam masa setengah jam selepas masa
yang ditetapkan bagi suatu mesyuarat agung suatu kuorum tidak hadir, pembeli
yang berhak untuk mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.
2. Apa-apa perkara yang menghendaki suatu
keputusan dalam suatu mesyuarat agung hendaklah di putuskan secara mengangkat
tangan melainkan jika suatu pengundian dituntut oleh seorang pembeli atau
proksinya.
3. Setiap pembeli (yang bukan merupakan pembeli
bersama) hendaklah mempunyai satu undi berkenaan dengan setiap petak secara
mengangkat tangan, dan dalam satu pengundian, hendaklah mempunyai bilangan undi
yang bersamaan dengan bilangan unit syer yang diumpukkan kepada petaknya.
4. Seorang pembeli tidak berhak untuk mengundi jika,
pada hari yang ketujuh sebelum
tarikh mesyuarat, semua atau mana-mana caj atau caruman kepada kumpulan wang
perjelas atau mana-mana wang lain yang terhutang dan kena dibayar berkenaan
dengan petaknya adalah tertunggak.
5. Pembeli bersama boleh mengundi dengan suatu
cara proksi yang dilantik bersama atau melantik salah seorang daripada mereka
atau mana-mana orang lain. Semasa ketiadaan proksi, pembeli bersama tidak
berhak untuk mengundi secara mengangkat tangan, kecuali jika suatu ketetapan
sebulat suara dikehendaki, dengan syarat bahawa mana-mana seorang pembeli bersama
boleh menuntut suatu pengundian. Pada suatu pengundian, setiap pembeli bersama
adalah berhak bagi apa-apa bilangan undi yang di umpukkan kepada petak yang
berkadaran dengan kepentingannya dalam petak.
6. Seorang proksi adalah berhak untuk mengundi secara
mengangkat tangan atau secara pengundian.
7. Seorang proksi tidak perlu merupakan seorang
pembeli. Seseorang boleh bertindak sebagai proksi hanya bagi seorang pembeli
pada mana-mana satu mesyuarat agung.
8. Suatu surat cara yang melantik seorang proksi
hendaklah secara bertulis yang ditandatangani oleh pembeli yang melantik proksi
ialah suatu syarikat, pertubuhan, badan berkanun atau mana-mana badan lain,
perlantikan proksi hendaklah dimeterai atau ditandatangani oleh seorang pegawai
atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya.
9. Seorang pembeli boleh menggunakan borang proksi yang
dilampirkan, jika sesuai. Surat cara yang melantik seorang proksi hendaklah
disimpan di alamat pejabat pengurusan MC yang dinyatakan dalam notis mesyuarat
ini tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum masa untuk mengadakan
mesyuarat atau apa-apa penanguhan mesyuarat.
Monday, 29 August 2016
PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA
Salam sejahtera.
Perhatian kepada;
PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA
Sempena Hari kemerdekaan yang ke-59 pada 31 OGOS 2016, pihak Rukun Tetangga Taman Subang Perdana telah mengadakan program Edar Jalur Gemilang untuk 200 kenderaan. Program ini dijangka bermula pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 31/8/2016 bertempat di hadapan pusat Rukun Tetangga di tepi Blok B, Pangsapuri Taman Subang Perdana.
Admin bagi Pihak MC Taman Subang perdana menyokong program sebegini yang boleh menyuntik semangat kemerdekaan. Walaupun kemerdekaan telah lama dikecapi, tidak mustahil kita bakal dijajah sekali lagi jika sejarah tidak dijadikan pengajaran. Admin menyeru anda semua sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tanda kecintaan kepada Malaysia.
Perhatian kepada;
Semua Penghuni/Pemilik
Rumah
Flat
Taman Subang Perdana
Blok
A,B, C & D
Shah
Alam, Selangor PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA
Sempena Hari kemerdekaan yang ke-59 pada 31 OGOS 2016, pihak Rukun Tetangga Taman Subang Perdana telah mengadakan program Edar Jalur Gemilang untuk 200 kenderaan. Program ini dijangka bermula pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 31/8/2016 bertempat di hadapan pusat Rukun Tetangga di tepi Blok B, Pangsapuri Taman Subang Perdana.
Admin bagi Pihak MC Taman Subang perdana menyokong program sebegini yang boleh menyuntik semangat kemerdekaan. Walaupun kemerdekaan telah lama dikecapi, tidak mustahil kita bakal dijajah sekali lagi jika sejarah tidak dijadikan pengajaran. Admin menyeru anda semua sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tanda kecintaan kepada Malaysia.
Friday, 26 August 2016
MENGOSONGKAN SEGERA BESI DAN ZINK BESI/BUMBUNG , BARANG PERIDADI DAN BARANG TERPAKAI.
MEMO
|
Penghuni/Pemilik
Rumah Berkenaan Ref. No:MC/2016/MEMO/04
Flat
Taman Subang Perdana
Blok
A,B, C & D
Shah
Alam, Selangor Tarikh:25/8/2016
MENGOSONGKAN SEGERA
BESI DAN ZINK BESI/BUMBUNG , BARANG PERIDADI DAN BARANG TERPAKAI.
Dimaklumkan
bahawa pihak MC (Management Corporation) menerima laporan bahawa ada penghuni/pemilik
petak yang meletakkan barang-barang peribadi di kawasan harta bersama seperti besi tiang dan zink besi/bumbung :
Ø Di halaman rumah.
Ø Laluan koridor.
Ø Di atas tangga.
Ø Di bawah tangga.
2.
Sila kosongkan dengan segera kawasan tersebut dan perbuatan ini dilarang sama
sekali. Ini kerana ia merupakan harta bersama ,menjadi laluan orang
ramai,mengganggu keselesaan jiran-jiran/penghuni yang lain dan amat berbahaya bagi penghuni blok terutama
wanita dan kanak-kanak. Lebih membimbangkan keadaan sekiranya melalui koridor di
waktu malam yang gelap.
2.
Pihak Perbadanan Pengurusan (MC) telah mendapat arahan dari Pesuruhjaya
Bangunan (COB) ,Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA untuk mengeluarkan notis
ini. Sekiranya penghuni/pemilik petak tidak mematuhi arahan pengosongan, dalam
masa yang 7 hari, maka telah melakukan kesalahan .Barang-barang tersebut akan
dibuang tanpa sebarang notis lanjutan, dan pihak MC tidak akan bertanggungjawab
terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh penghuni/pemilik.
Sekian,
terima kasih.
Perbadanan
Pengurusan
(MC)Taman
Subang Perdana
Subscribe to:
Posts (Atom)