Wednesday, 8 March 2017

PENGUMUMAN PENTING!!!! NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-7




                                                                                                  
Rujukan kami: MC/2017/NM/01
Tarikh: 7 Mac 2017
PENGUMUMAN PENTING
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-7
 
KEPADA: SEMUA PEMILIK RUMAH PANGSA KOS RENDAH TAMAN SUBANG PERDANA
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KETUJUH PERBADANAN PENGURUSAN
RPR TSP - PERATURAN DI BAWAH AKTA 757 
 
Bagi mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 
(Jadual Kedua, Akta 757), Mesyuarat Agung Tahunan Ketujuh akan diadakan
seperti berikut:-

TARIKH: 27 MAC 2017 (ISNIN)
MASA: 9.00 malam
TEMPAT: Pejabat Perbadanan Pengurusan RPR TSP

2.Dengan itu SEMUA pemilik berdaftar Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Subang
 Perdana dijemput menghadiri Mesyuarat tersebut.

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:-
 I. Membentangkan Laporan Aktiviti Tahun 2016/2017.
 II. Membentang dan menerima Laporan Kewangan Tahunan
     berakhir 31 Desember 2016.
 III. Melantik AhIi Majlis Perbadanan Pengurusan
 IV. Meluluskan Kaedah Dalaman(House Rule) MC RPR TSP
 V. Membincang dan Membahas Usul-Usul
 VI. Ucapan Penangguhan

4. Sila ambil perhatian bahawa HANYA Pemilik yang telah mendaftar sebagai 
PEMILIK STRATA dan telah menjelaskan SEMUA bayaran berkaitan (senggaraan,
insuran , cukai tanah,dll) sebelum tarikh 20 MAC 2017, BERHAK untuk 
mengundi. Bagi Pemilik yang tidak dapat hadir mesyuarat boleh melantik seorang 
pengganti (Proxy) dengan mengisi borang proxy yang boleh didapati di pejabat ini.
 
5. Pembeli yang belum melaksanakan Memorandum Pindahmilik adalah juga dijemput
 untuk menghadiri mesyuarat dan dikira sebagai pemerhati sahaja.
 
6. Sila hubungi Perbadanan Pengurusan seperti nombor telefon di atas untuk sebarang
 keterangan lanjut.
 Terima kasih.

AHMAD SUHAIMI BIN ABDUL MUTALIB
Setiausaha 
Perbadanan Pengurusan RPR TSP


Maklumat Penting.

NOTA :
1. Separuh daripada pembeli yang berhak untuk mengundi yang hadir, sama ada sendiri atau secara proksi, hendaklah membentuk suatu kuorum dalam sesuatu mesyuarat agung. Jika dalam masa setengah jam selepas masa yang ditetapkan bagi suatu mesyuarat agung suatu kuorum tidak hadir, pembeli yang berhak untuk mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.

2.  Apa-apa perkara yang menghendaki suatu keputusan dalam suatu mesyuarat agung hendaklah di putuskan secara mengangkat tangan melainkan jika suatu pengundian dituntut oleh seorang pembeli atau proksinya.

3.  Setiap pembeli (yang bukan merupakan pembeli bersama) hendaklah mempunyai satu undi berkenaan dengan setiap petak secara mengangkat tangan, dan dalam satu pengundian, hendaklah mempunyai bilangan undi yang bersamaan dengan bilangan unit syer yang diumpukkan kepada petaknya. 

4. Seorang pembeli tidak berhak untuk mengundi jika, pada hari yang ketujuh sebelum tarikh mesyuarat, semua atau mana-mana caj atau caruman kepada kumpulan wang perjelas atau mana-mana wang lain yang terhutang dan kena dibayar berkenaan dengan petaknya adalah tertunggak.

5.  Pembeli bersama boleh mengundi dengan suatu cara proksi yang dilantik bersama atau melantik salah seorang daripada mereka atau mana-mana orang lain. Semasa ketiadaan proksi, pembeli bersama tidak berhak untuk mengundi secara mengangkat tangan, kecuali jika suatu ketetapan sebulat suara dikehendaki, dengan syarat bahawa mana-mana seorang pembeli bersama boleh menuntut suatu pengundian. Pada suatu pengundian, setiap pembeli bersama adalah berhak bagi apa-apa bilangan undi yang di umpukkan kepada petak yang berkadaran dengan kepentingannya dalam petak.

6. Seorang proksi adalah berhak untuk mengundi secara mengangkat tangan atau secara pengundian.

7. Seorang proksi tidak perlu merupakan seorang pembeli. Seseorang boleh bertindak sebagai proksi hanya bagi seorang pembeli pada mana-mana satu mesyuarat agung.

8. Suatu surat cara yang melantik seorang proksi hendaklah secara bertulis yang ditandatangani oleh pembeli yang melantik proksi ialah suatu syarikat, pertubuhan, badan berkanun atau mana-mana badan lain, perlantikan proksi hendaklah dimeterai atau ditandatangani oleh seorang pegawai atau wakilnya yang diberi kuasa dengan sewajarnya.

9. Seorang pembeli boleh menggunakan borang proksi yang dilampirkan, jika sesuai. Surat cara yang melantik seorang proksi hendaklah disimpan di alamat pejabat pengurusan MC yang dinyatakan dalam notis mesyuarat ini tidak kurang daripada empat puluh lapan jam sebelum masa untuk mengadakan mesyuarat atau apa-apa penanguhan mesyuarat.


No comments:

Post a Comment