Monday, 25 September 2017

Terima Kasih kepada Menteri KPKT dan RT


Assalamualaikum w.b.t

Diucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada Barisan AJK MC,terutama Pengerusi En.Yusoff Dol, staf MC Cik Megawati ,dan Pihak Rukun Tetangga (RT) Subang Perdana 2 (SP2) terutama pengerusinya En.Aziz Mohaideen serta sekalian barisan AJK yang menyumbang masa dan tenaga bersama-sama menjayakan program lawatan YB Tan Sri Noh Omar selaku YB MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2017.

Di peringkat awal persediaan lawatan, tidak dinafikan ada sedikit keributan akibat provokasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dengan sengaja mensensasikan isu. Kami di barisan MC mencuba sedaya upaya mendapatkan peruntukan 100% kos, namun ada pihak tertentu yang tidak perlu disebut disini dilihat seakan cuba mensabotaj proces yang diusahakan. Namun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan berjaya. Pihak tersebut diingatkan bahawa di zaman ini, media sosial ini ada milik semua, rasa hormat kami pada anda jangan disalah guna .

Insyaallah didoakan agar proses baik pulih bumbung 4 blok 600 unit dan 2 rumah sampah berjalan dengan jayanya. Seperti dijanjikan menteri, jika tiada aral melintang, Pangsapuri TSP SP2 bakal berubah wajah pada awal 2018.

"Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi".


https://youtu.be/my2jvfUwOps





No comments:

Post a Comment