Monday, 25 September 2017

Terima Kasih kepada Menteri KPKT dan RT


Assalamualaikum w.b.t

Diucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada Barisan AJK MC,terutama Pengerusi En.Yusoff Dol, staf MC Cik Megawati ,dan Pihak Rukun Tetangga (RT) Subang Perdana 2 (SP2) terutama pengerusinya En.Aziz Mohaideen serta sekalian barisan AJK yang menyumbang masa dan tenaga bersama-sama menjayakan program lawatan YB Tan Sri Noh Omar selaku YB MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2017.

Di peringkat awal persediaan lawatan, tidak dinafikan ada sedikit keributan akibat provokasi oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dengan sengaja mensensasikan isu. Kami di barisan MC mencuba sedaya upaya mendapatkan peruntukan 100% kos, namun ada pihak tertentu yang tidak perlu disebut disini dilihat seakan cuba mensabotaj proces yang diusahakan. Namun alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan berjaya. Pihak tersebut diingatkan bahawa di zaman ini, media sosial ini ada milik semua, rasa hormat kami pada anda jangan disalah guna .

Insyaallah didoakan agar proses baik pulih bumbung 4 blok 600 unit dan 2 rumah sampah berjalan dengan jayanya. Seperti dijanjikan menteri, jika tiada aral melintang, Pangsapuri TSP SP2 bakal berubah wajah pada awal 2018.

"Kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi".


https://youtu.be/my2jvfUwOps





Friday, 22 September 2017

Jemputan kepada Semua Pemilik/Penduduk: YB NOH turun ke Taman Subang Perdana!!!

YB TAN SRI NOH BIN HAJI OMAR
    
Kepada, 
                                                                                                                
Semua Penghuni/Pemilik Rumah                           Ref. No:MC/2017/MEMO/02                  
Pangsapuri Taman Subang Perdana
Blok A,B,C & D, Seksyen U3
Shah Alam, Selangor                                                                      Tarikh: 23/9/2017

Tuan/Puan

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM LAWATAN YB MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT) 2017.

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara diatas

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa YB Menteri KPKT, YB Tan Sri Haji Noh Bin Omar akan mengadakan lawatan ke Pangsapuri Taman Subang Perdana bersempena program lawatan kerja ke Dun Kota Damansara,Parlimen Subang. Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH  : 25 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)
MASA       : 4.00 PETANG
TEMPAT: Perkarangan Pejabat Perbadanan Pengurusan(MC) RPR TSP di blok A-G-10 dan sekitar blok A,B,C &D.

3. Lawatan ini adalah kesinambungan dari permohonan Perbadanan Pengurusan (MC) RPR TSP bagi kelulusan permohonan peruntukan menukar bumbung blok A,B,C &D serta 2 unit rumah sampah yang baru.

3. Sehubungan dengan itu ,Pihak Perbadanan Pengurusan (MC) menjemput semua pemilik/penyewa/penghuni untuk turun bersama-sama dalam program tersebut. Kehadiran ramai adalah perlu bagi menyokong kelulusan permohonan tersebut.

4. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan/puan sangat diharapkan untuk menjayakan program tersebut.


Sekian, terima kasih.

Perbadanan Pengurusan
(MC) Taman Subang Perdana