Monday, 29 August 2016

PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;


Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor   

PROGRAM EDAR JALUR GEMILANG ANJURAN RUKUN TETANGGA

Sempena Hari kemerdekaan yang ke-59 pada 31 OGOS 2016, pihak Rukun Tetangga Taman Subang Perdana telah mengadakan program Edar Jalur Gemilang untuk 200 kenderaan. Program ini dijangka bermula pada jam 10 pagi hingga 11 pagi, 31/8/2016 bertempat di hadapan pusat Rukun Tetangga di tepi Blok B, Pangsapuri Taman Subang Perdana.

Admin bagi Pihak MC Taman Subang perdana menyokong program sebegini yang boleh menyuntik semangat kemerdekaan. Walaupun kemerdekaan telah lama dikecapi, tidak mustahil kita bakal dijajah sekali lagi jika sejarah tidak dijadikan pengajaran. Admin menyeru anda semua sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tanda kecintaan kepada Malaysia.



Friday, 26 August 2016

MENGOSONGKAN SEGERA BESI DAN ZINK BESI/BUMBUNG , BARANG PERIDADI DAN BARANG TERPAKAI.







MEMO







                                                                                                                
Penghuni/Pemilik Rumah Berkenaan                                 Ref. No:MC/2016/MEMO/04
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor                                                                           Tarikh:25/8/2016

MENGOSONGKAN SEGERA BESI DAN ZINK BESI/BUMBUNG , BARANG PERIDADI DAN BARANG TERPAKAI.

Dimaklumkan bahawa pihak MC (Management Corporation) menerima laporan bahawa ada penghuni/pemilik petak yang meletakkan barang-barang peribadi di kawasan harta bersama seperti besi tiang dan zink besi/bumbung :

Ø  Di halaman rumah.
Ø  Laluan koridor.
Ø  Di atas tangga.
Ø  Di bawah tangga.

2. Sila kosongkan dengan segera kawasan tersebut dan perbuatan ini dilarang sama sekali. Ini kerana ia merupakan harta bersama ,menjadi laluan orang ramai,mengganggu keselesaan jiran-jiran/penghuni yang lain dan amat berbahaya bagi penghuni blok terutama wanita dan kanak-kanak. Lebih membimbangkan keadaan sekiranya melalui koridor di waktu malam yang gelap.

2. Pihak Perbadanan Pengurusan (MC) telah mendapat arahan dari Pesuruhjaya Bangunan (COB) ,Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA untuk mengeluarkan notis ini. Sekiranya penghuni/pemilik petak tidak mematuhi arahan pengosongan, dalam masa yang 7 hari, maka telah melakukan kesalahan .Barang-barang tersebut akan dibuang tanpa sebarang notis lanjutan, dan pihak MC tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh penghuni/pemilik.



Sekian, terima kasih.

Perbadanan Pengurusan
(MC)Taman Subang Perdana

Sunday, 21 August 2016

Isu parking berbumbung dan binaan haram-satu teguran

Isu parking berbumbung dan binaan haram.

Malam tadi, telah diadakan perjumpaan dengan penduduk dan pemilik rumah Pangsapuri Taman Subang Perdana. Admin agak terkejut dengan sikap seorang pemilik rumah yang bersikap liar menunjuk-nunjuk jari dan mengunakan perkataan sangat kasar, serta bersikap biadap dari luar Dewan. Dari luar menjerit menyatakan MC tidak buat kerja. Padahal yang dibincang ialah isu probohan binaan haram di petak parking.

Pada Admin, jika ada keberanian eloklah masuk ke dalam Dewan untuk bercakap dengan professional, bukan bersikap berani tak bertempat dan memalukan disaksikan penghuni lain. Admin jamin ramai penghuni tidak menyukai gelagat tidak bertamadun tersebut.

Tahukah dia bahawa MC/ JMB lansung tidak patut dilibatkan dalam isu ini. MC ditubuh berdasarkan Akta, untuk pengurusan penyelenggara bangunan berstrata, dengan mengutip duit dari penduduk,iaitu boleh mendakwa dan didakwa sekiranya ada pelanggaran dan penyelewengan. Sekiranya tidak jelas dengan peranan MC, sila dapatkan maklumat yang bertebaran di alam Maya.

MC Taman Subang Perdana dipantau oleh Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA hanya bertanggungjawab di dalam Bangunan dan longkang, manakala diluar kawasan tersebut iaitu parking dan lain2 adalah bidang kuasa PBT iaitu MBSA. Parking tersebut adalah hak awam seperti mana parking awam MBSA di kawasan lain. Menjadikan parking awam sebagai parking individu adalah jelas melanggar peraturan MBSA.

Sepatutnya MC tidak perlu pun mengambil kisah berkenaan kesalahan penduduk diluar kawasan blok,namun dari segi penyampaian maklumat, apa-apa arahan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MBSA harus dipatuhi MC. Dengan kata lain, MC tidak lansung terlibat dalam isu probohan melainkan menyampaikan makluman umum kepada pemilik.

Jika kesalahan dilakukan, mana2 pemilik berhak buat Aduan, dan MBSA harus membuat tindakan penyiasatan. Sebarang sabitan kesalahan adalah bidang kuasa MBSA. Jadi admin sangat berharap individu yang berkenaan tersebut tambahkan maklumat dalam diri dengan bersikap professional agar tidak memalukan diri di khalayak ramai. Wallahualam.

Catatan 201608210016

Friday, 5 August 2016

Penjelasan Berhubung Lampu Koridor Blok A dan B yang tidak menyala

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;



Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor   

Penjelasan Berhubung Lampu Koridor Blok A dan B yang tidak menyala

Pihak Pengurusan Perbadanan(MC) sedia maklum dengan aduan penghuni Blok A dan B berhubung lampu koridor dan tangga yang "bergelap" dalam sebulan dua ini. Kawasan gelap ini sememangnya menyukarkan pergerakan penghuni di kawasan ini Blok A dan B ini. 

Untuk makluman penghuni, TNB telah melakukan pemotongan elektrik bagi kawasan koridor disebabkan tunggakan Bil yang sangat tinggi. Semua bil ini dibayar oleh pihak MC. Namun secara kronologi, tunggakan ini disebabkan Pentadbiran MC yang lama sebelum ini tidak membayar bil-bil tertunggak tersebut.

Walaubagaimana, pihak Pentadbiran MC (2016-2017) yang baru dilantik telah sedaya upaya menyelesaikan masalah tunggakan ini. Terbaru pihak MC telah membayar sepenuhnya tunggakan di Blok A.Pihak TNB akan menyambung kembali bekalan dalam masa terdekat. Blok A didahulukan terlebih dahulu kerana pihak MC bercadang menyelesaikan masalah lampu parking yang bekalan diambil dari Blok A. Manakala blok B akan diupayakan agar dapat diselesaikan dengan segera.

Pihak MC memohon kerjasama agar semua pemilik/penghuni melunaskan bayaran wang penyelenggaraan dan bersama-sama menjaga kesejahteraan di kawasan kediaman kita.




Catatan 201608051710

Wednesday, 3 August 2016

Kepentingan Membayar Wang Maintenance

Salam sejahtera.

Perhatian kepada;


Semua Penghuni/Pemilik Rumah        
Flat Taman Subang Perdana
Blok A,B, C & D
Shah Alam, Selangor   

Kepentingan Membayar Wang Maintenance

Pihak MC amat berharap semua pemilik dan penghuni dapat membayar Yuran Penyelenggaraan seperti yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan warga Pangsapuri Taman Subang Perdana,kadar sekarang adalah yang paling rendah berbanding tempat lain, iaitu sekitar RM25 sebulan, atau sekitar 80 sen sehari. 

Wang ini akan digunakan untuk penyelenggaraan bangunan lampu,tangga, membayar bil eletrik, membayar kontraktor pencucian di setiap blok A,B,C,D, membaik pulih kerosakan bumbung,membayar gaji kerani, membeli insurans dan banyak lagi kegunaan untuk memastikan harta bersama dapat diselia dengan baik.

Sebagai Contoh, pada 28/12/2015 (ISNIN) tahun lepas, berlaku ribut yang amat kuat sekitar 4-6 petang. Ini menyebabkan kerosakan yang tidak sedikit kepada penghuni di tingkat atas apabila bumbung tercabut dari truss dan kebocoran berlaku. MC dengan segera telah mengambil tindakan menukar dan membaik pulih bumbung tersebut dengan kos yang besar mencecah tidak kurang dari RM3k untuk kesemua blok. 

Sehubungan itu, MC amat mengharapkan semua pemilik/penghuni membayar Yuran Maintenance agar kesejahteraan di tempat kita dapat dijaga.







Catatan 201608041054